wHiTe LiLiEs

Lili putih atau nama saintifiknya, Lilium candidum adalah daripada famili Liliaceae. Ia tumbuh di sepanjang kawasan Mediterranean dan Asia Barat. Ia sering ditanam sebagai tumbuhan taman dan juga boleh didapati di sekitar taman rumah-rumah desa.

Wednesday, July 15, 2009

Wanita

Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman, harum mewangi, segar menyeri ke seluruh pelosok dunia.

Lembut wanita kerana tutur katanya...
Mesra wanita kerana senyumannya...
Cekal wanita kerana keberaniannya...
Patuh wanita kerana kesetiaannya...
Sayang wanita kerana sifat keibuannya...
Lemah wanita kerana air matanya...
Sabar wanita kerana keimanannya...
Dendam wanita kerana cemburunya...
Ikhlas wanita kerana sifat lemahnya...
Dan...
Kasih wanita kerana belaiannya...

Tanpa wanita lelaki lemah...
Kerana wanita lelaki kalah...

Hati wanita umpama kaca, apabila terhempas ke lantai, berkecailah ia menjadi serpihan-serpihan. Oleh itu, hargailah dan peliharalah hati seorang wanita yang berada di sekelilingmu.