wHiTe LiLiEs

Lili putih atau nama saintifiknya, Lilium candidum adalah daripada famili Liliaceae. Ia tumbuh di sepanjang kawasan Mediterranean dan Asia Barat. Ia sering ditanam sebagai tumbuhan taman dan juga boleh didapati di sekitar taman rumah-rumah desa.

Monday, August 17, 2009

FIRST LADY boutique

FIRST LADY adalah sebuah butik yang menjual pakaian-pakaian melayu seperti baju kurung, blaus, seluar, inner, tundung, baju melayu, dan macam-macam lagi samada untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Aku cume penah pegi FIRST LADY yang kat Seremban Parade je la sebab dekat tapi outlet yang ni kecik je. Kat sini, harga2 baju memang sangat berpatutan dan berbaloi sebab tak payah korang nak susah2 beli kain ela, pastu nak hantar tempah lagi, nak kena tunggu lagi baju tu untuk siap, memang ambik masa yang lame. Kalau korang pegi butik ni, tak payah la korang nak susah2 buat sume tu. Maklumlah.....sekarang ni dah nak puasa, jadi kalau nak hantar tempah baju memang susah sikit la. Dah takde kedai jahit yang nak terima lagi kot. Kalau terima pun, mesti diorang buat ala kadar je sebab nak kejar masa.

Ape kate korang datang dulu butik ni...sebenarnya ramai je yang datang sini cume diorang ni mungkin tak brape nak perasan nama butik ni. Butik ni ada saiz baju daripada XS sampai la XXL. Ha....jangan risau, kalau takut tak muat, korang boleh la cuba dalam fitting room, kalau dah betul2 puas ati dengan baju tu, boleh la beli. Kaunter bayaran boleh dijelaskan dengan tunai mahupun bank card. So....tak payah la risau bagi yang takde cash money masa tu. Harga paling murah untuk baju2 kat butik ni adalah RM39.50 dan yang paling mahal adalah RM99.50 bagi baju2 wanita. Hem....yang ni memang fix price. Tak boleh tawar2 dan takde diskaun. Biasenye, yang murah2 ni stok lame dan yang mahal2 ni stok baru.

Untuk raya tahun ni, memang ada baju2 kurung perempuan datang setiap minggu di sepanjang bulan Ramadhan. Jadi, korang rajin2 la datang butik ni sebab tiap2 minggu ade baju baru. Datang cepat lagi bagus sebab takut korang tak dapat saiz korang nanti. Biasanye, saiz XXL hanya akan datang sepasang je untuk setiap warna baju dan setiap design baju akan datang dengan 4 jenis warna yang berbeza. Erm.....kalau untuk jubah, butik ni ade sediakan saiz daripada XS sampai XXXL. Tapi jubah ni agak tak sesuai untuk orang yang ade ketinggian 150cm sebab jubah ni labuh. Kalau korang rajin untuk baiki kelabuhan jubah ni, boleh la korang beli jubah kat butik ni.

Koleksi2 baju untuk raya ni....


Kat atas ni sume baju2 baru....jemput2 la datang FIRST LADY. Kalau kat KL, butik ni ade kat Ampang Park dan Jalan TAR. Kalau kat Melaka, kat TESCO Melaka. Banyak lagi kat seluruh MALAYSIA ni.

Wednesday, August 12, 2009

Handphone....oh....Handphone

Salam......jumpe lagi. Kalau korang nak tau, aku baru je tukar handphone (hp). Sebelum ni, aku gune hp CHINA. Aku amik hp ni sebab yang tu je yang mampu budak tu bagi kat aku. So, aku amik je la. Kebetulan aku ade 2 sim, so berguna jgk la hp ni, dual sim phone. Sebab2 kenapa aku gune hp ni adalah aku telah kehilangan hp aku yang tersayang iaitu hp NOKIA 3230 warna merah. Hp ni memang best r walaupun kamera cume 1.3mp tapi aku dapat banyak kenangan dengan hp ni. Aku memang cukup suke dengan saiznye, designnye, dan warnanye. Skrin pun cukup besar untuk aku yang rabun jauh. Sound dia pun ok gak....tiap2 pukul 12 malam mesti aku dengar IKIM fm dengan hp ni. Dapat ketenangan dan dapat tidur cepat kalau dengar IKIM fm. Kat link ni, korang boleh la tengok full spec untuk hp ni.
http://www.gsmarena.com/nokia_3230-923.php
Hp....oh....Hp

Dan yang satu lagi hp ialah hp NOKIA 7250i warna biru macam kat bawah ni. Hp ni aku beli sebab aku suke saiz dia. Kecik je, comel lak tu macam aku....haha....Hp ni biase je, sound pun polifonik je tapi dapat dengar radio. Sudah pasti untuk dengar IKIM fm. Kat link ni, korang boleh la tengok full spec utk hp ni.
http://www.gsmarena.com/nokia_7250i-445.php
Hp....oh....Hp



Dua2 hp ni memang aku gune la mase aku blaja kat Universiti Malaysia Sabah(UMS). Satu pakai line MAXIS (017-6272412) untuk family dan satu lagi pakai line DIGI (014-3757549) untuk friends sebab diorang yang kat Sabah ni ramai gune DIGI sebab dalam hutan pun DIGI ade line lagi. Sebelum aku gune hp yg dua2 ni, kat MATRIX aku gune hp SAMSUNG sgh-x430 warna putih yang macam ni.

Hp ni memang lawa giler la mase tu. Aku beli pun sebab aku suke warna dia, putih....tp nak buat caner....ade kawan pinjam hp ni sampai patah dua jadinye. Sedih btl aku. Punye la lame aku gune, 3 tahun kot tapi bile sampai kat orang lain, hancur jadinye. Mase ni aku gune number 017-6272412 dgn number 016-6258449. Aku gune hp ni dari zaman MATRIX kat KMM kat Londang sampai la second year aku kat UMS. Uwa....memang sedih betul la apabila ketiga2 hp ni dah takde lagi kat sisi aku. Hp pun takde, number lame aku pun sume dah takde. Yang ni adalah link untuk hp ni.
http://www.gsmarena.com/samsung_x430-588.php
Hp....oh....Hp

Sejak aku abis konvo mase bulan Ogos 2008, aku gune la hp CHINA N95 tu. Hp yang menyerupai N95 tapi dual sim phone. Hahaha.....


Hp ni tak la seburuk dan seteruk yang ramai orang cakap. Walaupun hp ni takde 3G dan wifi, namun hp ni cukup berguna buat aku menghubungi sanak-saudara dan rakan taulan selama setahun sehingga la minggu lepas. Hp ni aku tukar sebab skrin dah pecah gara2 aku baling kat dinding kerana mengikut perasaan marah yang aku pendam selama ni. Takpe la....memang aku nak tukar pun hp baru sebab tak sedap lak rasenye gune hp orang yang pernah menyakiti dan menipu aku walaupun dia bagi hp ni. Sebenarnye, hp ni ok je kalau korang jage elok2. Kalau jatuh tak sengaja pun takde la jadi ape2. Tapi kalau saje2 baling memang la teruk jadinya. Macam aku la....baling je kat dinding terus pecah skrin....padan muka....Hp....oh....Hp

Sekarang ni aku gune hp SONY ERICSSON W880i warna emas.




Hp ni aku baru beli, so tak brape tau lagi samada dia ni best ke tak. Yang penting aku suke dia ni sbb dia nipis dan warna gold. Erm....hp ni ade 3G tapi takde radio. Tu part yang paling tak best sebab tak dapat dengar IKIM fm. Link yang ni adalah full spec untuk hp ni.
http://www.gsmarena.com/sony_ericsson_w880-1838.php
Hp....oh....Hp

Monday, August 10, 2009

Peperiksaan Khas Pegawai Tadbir n Diplomatik(PTD)

Ha....mesti ramai di antara kita yang ingin menjadi PTD ni. Dan sudah pasti ramai yang pernah menduduki peperiksaan ni, tak kira la baru sekali atau dua kali atau tiga kali. Bagi aku, exam ni adalah yang pertama kali buat aku...aku memang agak excited, tapi memandangkan seluruh negara di panggil untuk exam ni, jadi aku tak la mengharap sangat untuk dapat jawatan ni. Tapi kalau aku dapat, alhamdulillah....exam ni memang susah bagi aku yang baru dapat. Lagi pun dah lama aku tak jawab exam ni.....berdebar2 la jugak.

Dalam exam ni, ade 5 seksyen. Seksyen A pasal pengetahuan am dimana ade 60 soalan untuk dijawab dalam masa 45 minit. Jangan risau, soalan objektif, kalau tak tahu sangat boleh tembak je. Dalam ni ade soalan pasal Malaysia termasuk la politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, seni, muzik dan sukan. Setiap daripada perkara di atas ni.....ade lebih kurang 6 soalan utk tiap2 satu topik. Erm....kalau korang kurang jelas tentang Malaysia atau dah lupe2 ingat, bole la korang baca buku MALAYSIA KITA warna pink dan KERJAYA SEBAGAI PTD yang ditulis oleh Salehuddin Md. Dahlan.



Buku-buku ni boleh didapati di POPULAR atau MPH bookstore. Bagus la korang cari buku ni lepas korang terima surat exam tu.

Untuk seksyen B plak, sume soalan adalah matematik. Mase ni tak boleh gune kalkulator, jadi tak payah la korang susah2 nak beli kalkulator. Sume soalan cume tambah, tolak, darab, bahagi tapi tiap2 satu soalan ada lebih kurang 4 ayat. Soalan tak susah, cume korang kene cepat tangkap ape yang soalan tu nak. Jadi tak payah nak ulang2 baca, buang masa je. Kalau dah tak tau jugak nak kira macam mana atau jawapan yang korang dapat tu takde dalam pilihan jawapan, korang boleh la tinggal dulu soalan tu atau tembak je la dan boleh la terus ke soalan lain. Jangan amik masa lame sangat untuk setiap soalan, kalau tak, memang tak cukup masa. Dalam seksyen ni, ade 40 soalan tapi korang cume ade 45 minit je. So, pandai2 korang la nak bahagi masa ye.....

Untuk seksyen C plak, adalah soalan kefahaman. 2 petikan BM dan 2 petikan BI. Setiap petikan ade 5 soalan, so sumenye ade 20 soalan untuk dijawab dalam masa 35 minit. Elok la korang baca soalan dulu sebelum baca petikan. So, tak payah la nak baca 2 kali petikan tu nanti. Soalan mudah2 je. Sume direct question je. Jangan risau, soalan tak susah, jawapan pun dah ade depan mata. Korang tinggal cari je pastu tanda kat borang OMR. Kan mudah tu, bagi aku yang ni part paling best sebab ade lebih mase sikit sebab aku baca soalan dulu baru baca petikan. So terus dapat jawapan dan tanda pada borang OMR. Siap boleh semak balik soalan dan jawapan tu. Yang ni part paling relaks la.

Lepas korang rehat 2 jam, korang ade 2 paper lagi tapi yang ni tak susah pun sebab sume pun pasal isu2 semasa yang paling hangat dalam Malaysia ni. Macam biasa la....kalau esei ni mesti minta pendapat, langkah2 mengatasi atau mencegah, kesan2 dan punca2 berlakunya sesuatu perkara. Korang akan diberi pilihan 3 soalan, pilih la 1 soalan yang paling korang suke untuk dibincangkan. Seksyen ni part yang paling best jugak sebab boleh keluarkan sume idea yang ade selagi masa masih ade sebab mase cume 1 jam jadi aku pun dapat menulis sampai 3 page je. Tu pun dah kira banyak sebab dia mintak 300-500 words so aku buat la 400 words. Tapi takde la aku kira sumenye, aku bajet2 je. Untuk seksyen D dan E iaitu esei BM dan BI, dua2 pun ok. So korang tak payah la risau tak dapat jawab atau tak dapat buat.

Sebenarnye, exam ni tak la sesusah yang orang lain cakap, tapi bila dah dipanggil exam ni, korang buat la yang terbaik, dah habis buat tu, jangan la korang fikir lagi, banyakkan doa, tunggu je result. Kalau dapat, alhamdulillah....kalau tak dapat boleh cube lagi.

Masa dapat borang jawapan OMR dan borang kedatangan, cepat2 la korang isi, sebab korang takkan ade banyak masa untuk itu. Mase pemeriksa terang peraturan ke ape ke, buat2 dengar je tapi tangan korang mesti mengisi borang2 tersebut. Pastikan korang dapat tidur yang cukup sebab korang akan menjawab soalan dari pagi sampai petang. Mase rehat setengah jam tu tak payah la nak sibuk2 borak, korang duduk je kat situ, tenangkan fikiran untuk paper yang seterusnya. Sebelum mule paper yang pertama, elok la korang sedia sumenye, pegi toilet ke, breakfast ke, bawak bekalan air ke, off handphone dan sebagainya. Lepas tu, jawab la sume soalan dengan tenang, mase rehat 2 jam nanti boleh la korang buat ape2 yang patut, makan ke ape ke yang penting tenangkan diri. Tak payah la korang risau, exam ni soalan2 dia mudah2 je. Terpulang pada kesediaan kite untuk menghadapinya.

Ok la. Untuk sume yang lain, SEMOGA BERJAYA

Wednesday, July 15, 2009

Wanita

Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman, harum mewangi, segar menyeri ke seluruh pelosok dunia.

Lembut wanita kerana tutur katanya...
Mesra wanita kerana senyumannya...
Cekal wanita kerana keberaniannya...
Patuh wanita kerana kesetiaannya...
Sayang wanita kerana sifat keibuannya...
Lemah wanita kerana air matanya...
Sabar wanita kerana keimanannya...
Dendam wanita kerana cemburunya...
Ikhlas wanita kerana sifat lemahnya...
Dan...
Kasih wanita kerana belaiannya...

Tanpa wanita lelaki lemah...
Kerana wanita lelaki kalah...

Hati wanita umpama kaca, apabila terhempas ke lantai, berkecailah ia menjadi serpihan-serpihan. Oleh itu, hargailah dan peliharalah hati seorang wanita yang berada di sekelilingmu.