wHiTe LiLiEs

Lili putih atau nama saintifiknya, Lilium candidum adalah daripada famili Liliaceae. Ia tumbuh di sepanjang kawasan Mediterranean dan Asia Barat. Ia sering ditanam sebagai tumbuhan taman dan juga boleh didapati di sekitar taman rumah-rumah desa.

Monday, August 10, 2009

Peperiksaan Khas Pegawai Tadbir n Diplomatik(PTD)

Ha....mesti ramai di antara kita yang ingin menjadi PTD ni. Dan sudah pasti ramai yang pernah menduduki peperiksaan ni, tak kira la baru sekali atau dua kali atau tiga kali. Bagi aku, exam ni adalah yang pertama kali buat aku...aku memang agak excited, tapi memandangkan seluruh negara di panggil untuk exam ni, jadi aku tak la mengharap sangat untuk dapat jawatan ni. Tapi kalau aku dapat, alhamdulillah....exam ni memang susah bagi aku yang baru dapat. Lagi pun dah lama aku tak jawab exam ni.....berdebar2 la jugak.

Dalam exam ni, ade 5 seksyen. Seksyen A pasal pengetahuan am dimana ade 60 soalan untuk dijawab dalam masa 45 minit. Jangan risau, soalan objektif, kalau tak tahu sangat boleh tembak je. Dalam ni ade soalan pasal Malaysia termasuk la politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, seni, muzik dan sukan. Setiap daripada perkara di atas ni.....ade lebih kurang 6 soalan utk tiap2 satu topik. Erm....kalau korang kurang jelas tentang Malaysia atau dah lupe2 ingat, bole la korang baca buku MALAYSIA KITA warna pink dan KERJAYA SEBAGAI PTD yang ditulis oleh Salehuddin Md. Dahlan.



Buku-buku ni boleh didapati di POPULAR atau MPH bookstore. Bagus la korang cari buku ni lepas korang terima surat exam tu.

Untuk seksyen B plak, sume soalan adalah matematik. Mase ni tak boleh gune kalkulator, jadi tak payah la korang susah2 nak beli kalkulator. Sume soalan cume tambah, tolak, darab, bahagi tapi tiap2 satu soalan ada lebih kurang 4 ayat. Soalan tak susah, cume korang kene cepat tangkap ape yang soalan tu nak. Jadi tak payah nak ulang2 baca, buang masa je. Kalau dah tak tau jugak nak kira macam mana atau jawapan yang korang dapat tu takde dalam pilihan jawapan, korang boleh la tinggal dulu soalan tu atau tembak je la dan boleh la terus ke soalan lain. Jangan amik masa lame sangat untuk setiap soalan, kalau tak, memang tak cukup masa. Dalam seksyen ni, ade 40 soalan tapi korang cume ade 45 minit je. So, pandai2 korang la nak bahagi masa ye.....

Untuk seksyen C plak, adalah soalan kefahaman. 2 petikan BM dan 2 petikan BI. Setiap petikan ade 5 soalan, so sumenye ade 20 soalan untuk dijawab dalam masa 35 minit. Elok la korang baca soalan dulu sebelum baca petikan. So, tak payah la nak baca 2 kali petikan tu nanti. Soalan mudah2 je. Sume direct question je. Jangan risau, soalan tak susah, jawapan pun dah ade depan mata. Korang tinggal cari je pastu tanda kat borang OMR. Kan mudah tu, bagi aku yang ni part paling best sebab ade lebih mase sikit sebab aku baca soalan dulu baru baca petikan. So terus dapat jawapan dan tanda pada borang OMR. Siap boleh semak balik soalan dan jawapan tu. Yang ni part paling relaks la.

Lepas korang rehat 2 jam, korang ade 2 paper lagi tapi yang ni tak susah pun sebab sume pun pasal isu2 semasa yang paling hangat dalam Malaysia ni. Macam biasa la....kalau esei ni mesti minta pendapat, langkah2 mengatasi atau mencegah, kesan2 dan punca2 berlakunya sesuatu perkara. Korang akan diberi pilihan 3 soalan, pilih la 1 soalan yang paling korang suke untuk dibincangkan. Seksyen ni part yang paling best jugak sebab boleh keluarkan sume idea yang ade selagi masa masih ade sebab mase cume 1 jam jadi aku pun dapat menulis sampai 3 page je. Tu pun dah kira banyak sebab dia mintak 300-500 words so aku buat la 400 words. Tapi takde la aku kira sumenye, aku bajet2 je. Untuk seksyen D dan E iaitu esei BM dan BI, dua2 pun ok. So korang tak payah la risau tak dapat jawab atau tak dapat buat.

Sebenarnye, exam ni tak la sesusah yang orang lain cakap, tapi bila dah dipanggil exam ni, korang buat la yang terbaik, dah habis buat tu, jangan la korang fikir lagi, banyakkan doa, tunggu je result. Kalau dapat, alhamdulillah....kalau tak dapat boleh cube lagi.

Masa dapat borang jawapan OMR dan borang kedatangan, cepat2 la korang isi, sebab korang takkan ade banyak masa untuk itu. Mase pemeriksa terang peraturan ke ape ke, buat2 dengar je tapi tangan korang mesti mengisi borang2 tersebut. Pastikan korang dapat tidur yang cukup sebab korang akan menjawab soalan dari pagi sampai petang. Mase rehat setengah jam tu tak payah la nak sibuk2 borak, korang duduk je kat situ, tenangkan fikiran untuk paper yang seterusnya. Sebelum mule paper yang pertama, elok la korang sedia sumenye, pegi toilet ke, breakfast ke, bawak bekalan air ke, off handphone dan sebagainya. Lepas tu, jawab la sume soalan dengan tenang, mase rehat 2 jam nanti boleh la korang buat ape2 yang patut, makan ke ape ke yang penting tenangkan diri. Tak payah la korang risau, exam ni soalan2 dia mudah2 je. Terpulang pada kesediaan kite untuk menghadapinya.

Ok la. Untuk sume yang lain, SEMOGA BERJAYA

No comments: