wHiTe LiLiEs

Lili putih atau nama saintifiknya, Lilium candidum adalah daripada famili Liliaceae. Ia tumbuh di sepanjang kawasan Mediterranean dan Asia Barat. Ia sering ditanam sebagai tumbuhan taman dan juga boleh didapati di sekitar taman rumah-rumah desa.

Monday, August 17, 2009

FIRST LADY boutique

FIRST LADY adalah sebuah butik yang menjual pakaian-pakaian melayu seperti baju kurung, blaus, seluar, inner, tundung, baju melayu, dan macam-macam lagi samada untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Aku cume penah pegi FIRST LADY yang kat Seremban Parade je la sebab dekat tapi outlet yang ni kecik je. Kat sini, harga2 baju memang sangat berpatutan dan berbaloi sebab tak payah korang nak susah2 beli kain ela, pastu nak hantar tempah lagi, nak kena tunggu lagi baju tu untuk siap, memang ambik masa yang lame. Kalau korang pegi butik ni, tak payah la korang nak susah2 buat sume tu. Maklumlah.....sekarang ni dah nak puasa, jadi kalau nak hantar tempah baju memang susah sikit la. Dah takde kedai jahit yang nak terima lagi kot. Kalau terima pun, mesti diorang buat ala kadar je sebab nak kejar masa.

Ape kate korang datang dulu butik ni...sebenarnya ramai je yang datang sini cume diorang ni mungkin tak brape nak perasan nama butik ni. Butik ni ada saiz baju daripada XS sampai la XXL. Ha....jangan risau, kalau takut tak muat, korang boleh la cuba dalam fitting room, kalau dah betul2 puas ati dengan baju tu, boleh la beli. Kaunter bayaran boleh dijelaskan dengan tunai mahupun bank card. So....tak payah la risau bagi yang takde cash money masa tu. Harga paling murah untuk baju2 kat butik ni adalah RM39.50 dan yang paling mahal adalah RM99.50 bagi baju2 wanita. Hem....yang ni memang fix price. Tak boleh tawar2 dan takde diskaun. Biasenye, yang murah2 ni stok lame dan yang mahal2 ni stok baru.

Untuk raya tahun ni, memang ada baju2 kurung perempuan datang setiap minggu di sepanjang bulan Ramadhan. Jadi, korang rajin2 la datang butik ni sebab tiap2 minggu ade baju baru. Datang cepat lagi bagus sebab takut korang tak dapat saiz korang nanti. Biasanye, saiz XXL hanya akan datang sepasang je untuk setiap warna baju dan setiap design baju akan datang dengan 4 jenis warna yang berbeza. Erm.....kalau untuk jubah, butik ni ade sediakan saiz daripada XS sampai XXXL. Tapi jubah ni agak tak sesuai untuk orang yang ade ketinggian 150cm sebab jubah ni labuh. Kalau korang rajin untuk baiki kelabuhan jubah ni, boleh la korang beli jubah kat butik ni.

Koleksi2 baju untuk raya ni....


Kat atas ni sume baju2 baru....jemput2 la datang FIRST LADY. Kalau kat KL, butik ni ade kat Ampang Park dan Jalan TAR. Kalau kat Melaka, kat TESCO Melaka. Banyak lagi kat seluruh MALAYSIA ni.

23 comments:

buaya said...

salam ziarah...

dijemput jd follower k

http://www.buaya-merah.blogspot.com

Anonymous said...

salam,

dekat penang xde ke???

Anonymous said...

Salam,

Boleh tanya dari mana awak dapat catalogue First Lady ni? Saya carik carik online tak dapat :-) Much appreciated :)

wHiTe LiLiEs said...

saya rase dekat penang ade

saya dapat katalog ni dari butik sbb memang takde online rasanye....

jamalia said...

salam,,,x nak bukak cawangan kat Kuching ker,,dapat gak shoping First Lady kat sini,,,mmg baju yg cantik2 dan murah,,berbaloi,,beli kat First Lady ni,,,

adrilamak said...

awak tak jual online ke?

wHiTe LiLiEs said...

jamalia : saya pun pembeli je kat first lady ni.....tak tau la samada diorang nak buka ke tak kat sarawak....kalau buka, mesti makin laris jualannya....

adrilamak : saya belum jual online, sebab saya rasa lebih bagus kalau datang fitting sendiri....boleh cuba barangan yang lain kalau mau....

*jangan segan2 jadi follower saya k...

Anonymous said...

cwangan dkat kuantan ader x..??

Suezila_Zulhijah said...

salam...klu nk order mcm mana dgn saiz baju tu, cara pembayaran n penghantaran?

Hamizi Azizan said...

first lady penang ada di tesco sungai dua.. sila masuk dalam tesco dan akan jumpa botiue first lady di depan sekali

Iejah Normateen said...

thx 4 info..sy pun baru je ingat nk cari baju raye kat first lady,mls nak jalan kat pasar² mcm masjid india,letih..

Anonymous said...

nak tnya, first lady kat penang dimana ye,,,

Anonymous said...

salam...
first lady kt terengganu xde pun...xnk buka ke cawangn kt terengganu jgk...??mst laris nnti...

Jihan Daud said...

Saya pun suka shopping kat First Lady (KB MALL).

Anonymous said...

kuantan dkt ECM ade..dkt Kuantan Parade pn ade :)

Anonymous said...

salam sume.. kat penang ada jg, kat tesco seberang jaya..

Anonymous said...

Salam..
first lady kt terengganu ade..
try g kat giant kt kijal tu..

Anonymous said...

kat mana butik first lady di sabah? berminat sgt dgn fesyen2 baju die...

carrol said...

kat sabah di mana ada butik first lady?...tq

Anonymous said...

kat sabah di mana ada butik first lady?..tq

wHiTe LiLiEs said...

maaf ya....rasanya di sabah macam tiada la....

Anonymous said...

Salam.. Saye baru pindah nilai.. Kat seremban parade still ade first lady? Sbb post ni tahun lepas so takot dah pindah ke ape ke kann.. Thanks..

wHiTe LiLiEs said...

ASSALAM....maaf lambat balas...butik first lady memang ada lagi di seremban parade